Showing posts with label Dunia buku. Show all posts


Malaysia perlu lebih banyak penulis tempatan - Rais


KOTA KINABALU 8 Ogos — Malaysia memerlukan lebih banyak penulis tempatan untuk menyebarkan maklumat kepada rakyat tanpa penulis mengharapkan keuntungan, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata kementerian tersebut telah memberi bantuan kepada penulis sejak 2006 untuk menulis mengenai topik pengetahuan dalam bidang politik, kebudayaan, musik, antropologi dan sosiologi Malaysia.

“British sebelum ini apabila mereka menulis, mereka tidak menulis kerana keuntungan. Mereka menulis kerana ilmu pengetahuan.

“Saya rasa kita juga patut menulis berdasarkan asas yang sama,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku bertajuk “Indigenous Ethnic Communities of Sabah: The Kadazandusun” diterbitkan oleh kementerian itu di sini.

Buku tersebut ditulis oleh pemimpin Kadazandusun terkenal, Tan Sri Dr Herman Luping. - Bernama

Utusan Online, 08/08/2009 3:14pm


MPH buat promosi buku berbahasa Melayu?!





















Gambar disalin dari Blog UnikaPTS.


Terbit kajian ilmiah pensyarah universiti




























Sumber: www.saifuddinabdullah.com.my