Pada Sabtu dan Ahad lepas (23-24 Jan 2010) saya telah dijemput untuk program motivasi pelajar di SMK Agama Matang Kuching. Doakan saya semoga apa yang saya sampaikan memberi bekas dalam jiwa pelajar. Seorang rakan saya cadangkan agar program motivasi dibuat secara bersiri, bermodul, berstruktur, berfeedback dan ada follow up keberkesanannya.
Sebenarnya saya percaya usaha membaiki diri akan membawa kepada yakin diri dan self-esteem yang lebih tinggi. Jadi usaha mendengar ceramah motivasi atau membaca buku motivasi diri atau self-help seperti buku ini adalah antara kaedah yang terbaik.
Dalam ceramah motivasi saya, saya telah minta para peserta cakapkan semula apa yang mereka dengar sejam yang lalu kepada rakan mereka di sebelah. Sekurang-kuranya mereka sudah sampaikan semula apa yang saya telah sampaikan, walaupun belum lagi mengamalkan apa yang mereka dengar.
Tetapi ada orang bertanya kenapa hari-hari kita mesti cerita tentang motivasi. Maka saya hairan mengapa hari-hari kita mesti mandi? Sudah mandi hari semalam, hari ini kita tidak perlulah mandi. ;-)
Showing posts with label Ceramah. Show all posts
Filed under - Ceramah No Comments so far.
Penceramah tengah bersemangat waja -- sehingga masa tak cukup.
Serius betul mak cik ini mendengar ceramah.
Bilik penuh sesak...
Kerusi tambahan terpaksa disediakan. Ada juga ibu bapa yang terpaksa berdiri di luar bilik kerana tempat duduk yang terhad!
Terima kasih... menerima cenderamata daripada pengerusi PIBG SK Agama Ibnu Khaldun, Samarahan.
Filed under - Ceramah, ceramah motivasi No Comments so far.
Saya menerima jemputan sebagai penceramah bagi satu program motivasi keibubapaan. Butiran ceramah adalah seperti berikut:
30 Mei 2009 (Sabtu)
8 pagi
SK Agama Majlis Islam Sarawak, Kota Samarahan.
Insya Allah saya akan gunakan segala pengalaman (dari ibu bapa saya) dan pembacaan meluas bagi menyampaikan ceramah nanti. Terima kasih juga kepada PIBG sekolah serta Tuan Dahiri Saini kerana sudi menjemput saya.
Kredit foto
Filed under - Ceramah, ceramah motivasi No Comments so far.
Semasa di Sek Men Sains Miri, program saya sangat padat. Saya diminta berceramah sebanyak empat kali dalam masa 24 jam.
Saya diberikan tempoh 1-2 jam bagi setiap ceramah. Tajuknya berbeza-beza.
Sudah tentu sebotol air mineral menjadi teman sejati. Sampai di hotel, bantal pula tempat melepas penat!
Sungguh penat bercakap... tetapi hati puas kerana dapat berkongsi kepakaran dan pengalaman dengan para guru dan pelajar.
Terima kasih Sek. Men. Sains Miri! Semoga yang disampaikan bermanfaat.


Filed under - Ceramah, ceramah motivasi, Slaid, SM Sains Miri, SM Sains Miri - photo No Comments so far.
Ceramah Motivasi Persediaan PMR
31 Mac 2009, 8.30-10.00 pg.
Sek Men Sains Miri, Sarawak
Terima kasih... Menerima cenderamata daripada Puan Ida Huong Chiet Yen.
Wah! Budak-budak tingkatan 3 pun dah sama besar dengan bapak budak yang berumur 30an...
Filed under - Ceramah, ceramah motivasi, SM Sains Miri, SM Sains Miri - photo No Comments so far.
30 Mac 2009, 8.30-10.30 mlm
Kpg. Sukan PETRONAS, Miri
Para pelajar tingkatan 5 Sek Men Sains Miri kusyuk mendengar penerangan daripada penceramah yang diterbangkan khas dari Kuching.
Lawak juak penceramah tuk ohh... ;-) Muka jak nampak serius...
Terima kasih daun keladi... Menerima cenderamata daripada Puan Haslinda Jedi, Penolong Kanan Pentadbiran, Sek. Men. Sains Miri.
Filed under - Ceramah, SM Sains Miri, SM Sains Miri - photo No Comments so far.
Seramai lebih kurang 30 orang guru SM Sains Miri telah dihidangkan dengan teknologi terbaru tentang penggunaan multimedia dan WWW dalam pengajaran dan pembelajaran.
Terima kasih... menerima cenderamata daripada Cikgu Tan Soong Eng. Cikgu Tan pernah mengajar saya Matematik Tambahan 15 tahun lepas.
Filed under - Ceramah, SM Sains Miri, SM Sains Miri - photo 3 Comments so far.
Filed under - Ceramah No Comments so far.
Fakulti Teknologi dan Sains Informasi,
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
Terima kasih... bersama dekan FTSI, KUIS, En. Che Wan Shamsul Bahri Che Wan Ahmad.
Filed under - Ceramah 2 Comments so far.
Filed under - Ceramah No Comments so far.
Filed under - Ceramah No Comments so far.