Showing posts with label Buku. Show all posts


Pensyarah tidak minat menulis buku?


Statistik 2005 melaporkan tidak sampai 10 peratus pensyarah yang menulis buku. Apa puncanya? Adakah kerana nilai royalti yang terlalu rendah? Bagi saya royalti yang ditawarkan oleh penerbit universiti lebih tinggi daripada yang ditawarkan oleh penerbit komersil. Adakah kerana Pasaran buku ilmiah agak kecil berbanding buku popular?

"... daripada hampir 600 buah institusi pengajian tinggi (termasuk 20 institut pengajian tinggi awam) sedia ada dengan tenaga akademik atau ilmuwan melebihi 20,000 orang, hanya 6.4 peratus yang menyumbang dalam penerbitan buku pada tahun 2005 (Utusan)."
Apapun, mungkin jawapan persoalan ini ada pada kata-kata berikut:
“Menulis karya yang layak diterbit, mencari orang yang dapat dipercayai untuk menerbitkannya, dan mendapatkan orang yang waras untuk membacanya merupakan tiga kesukaran utama sebagai penulis." - CHARLES CALEB COLTON


Ulasan buku: Brain Rules


Anda ingin menguatkan ingatan? Menurut Dr. John Medina dalam bukunya Brain Rules, terdapat 12 prinsip dalam menguatkan ingatan:

Exercise EXERCISE | Rule #1: Exercise boosts brain power.
Evolution SURVIVAL | Rule #2: The human brain evolved, too.
wiring WIRING | Rule #3: Every brain is wired differently.
attention ATTENTION | Rule #4: We don't pay attention to boring things.
shortterm SHORT-TERM MEMORY | Rule #5: Repeat to remember.
longterm LONG-TERM MEMORY | Rule #6: Remember to repeat.
sleep SLEEP | Rule #7: Sleep well, think well.
stress STRESS | Rule #8: Stressed brains don't learn the same way.
multisensory SENSORY INTEGRATION | Rule #9: Stimulate more of the senses.
vision VISION | Rule #10: Vision trumps all other senses.
gender GENDER | Rule #11: Male and female brains are different.
exploration EXPLORATION | Rule #12: We are powerful and natural explorers.

Maklumat lanjut di brainrules.net


How to Win a Pitch



Fundamental #1. Present a solution and nothing else.
All too often, people start presentations by talking about themselves. "Before we start, let me tell you about how our company began . . ." Who cares? Your prospect only cares about is how you can save them money, grow their revenues, or reduce their risk. Detail your plan to help your prospect and tell stories about how the plan has worked for others.

Fundamental #2. Keep it simple.
Resist the urge to cover too much ground in the presentation. Pound away at three messages. "We'll build your project on time. We'll meet your budget. We'll deliver quality work." Simplicity always separates you from the competition.

Fundamental #3. Speak with Passion.
If you're one of three firms competing, you know that your competition can do a great job. But as one CEO explained, "When its close, many of the decisions just come down to who connects with us best." Passion in the voice helps you connect.

Fundamental #4. Leave half of your time for questions.
Questions address what your prospect wants to hear. Your answers almost always separate you. Your competition often makes Q&A an afterthought. Consequently, you can gain an advantage by considering the questions on the front-end.

Fundamental #5. Rehearse.
One CEO who has had hundreds of sales presentations stated, "I can always tell who has rehearsed." Most people don't rehearse much. Practicing sets you apart.

Source


136 Effective Presentation Tips



















136 Effective Presentation Tips: Inspire, Inform & Influence Anyone, Anywhere, Anytime

Tony Jeary and David Cottrell
CornerStone Leadership Institute © 2008
50 pages
ISBN: 9780971942424

Buku ini memastikan agar anda bersedia secara mental dan fizikal sebelum membuat pembentangan. Buku ini padat dengan 136 tip praktikal dan mudah untuk memastikan setiap pembentangan yang anda buat akan sukses.


Gersang buku, manusia jadi kaku


TIADA buku tanpa pena dan kertas. Gersang buku, manusia akan jadi kaku. Jika tidak tahu menghargai manfaat tulisan, masyarakat tidak akan digelar berilmu, apatah lagi bijak pandai. Hari ini, cabaran kehidupan menuntut umat Islam terus mendampingi buku untuk mengendali liku-liku kehidupan dengan penuh hemah, bukan gundah dan tidak betah.

Buku melambangkan ilmu kerana di dalamnya tercatat segala yang perlu dipelajari sama ada sebagai manusia atau hamba. Ibarat cahaya menerangi kegelapan, ilmu dijadikan kewajipan ke atas setiap umat Islam supaya mampu meninggalkan kejahilan.

Hari ini pena dan tulisan boleh dimanfaatkan dengan begitu mudah, kadangkala tanpa perlu berhujan dan berpanas, kita boleh membaca di skrin komputer tanpa susah payah membelek helaian, yang tidak berkudrat pun boleh mendapatkan ilmu di layar komputer bila-bila masa, tinggal lagi kemahuan mesti dipaksa.

Berita Harian


Dunia Buku: Jadi penulis pada usia 15 tahun





IMAGINASI Christopher Paolini yang dilahirkan pada 17 November 1983 di Selatan California menjadikannya antara penulis Amerika tersohor yang memperjuangkan warisan budaya lewat tulisan seperti dalam Eragon, Eldest, Brisingr serta novel keempatnya yang belum bertajuk.

Hampir keseluruhan hidupnya dihabiskan di Paradise Valley, Montana, tempat letaknya Gunung Beartooth yang diselaputi salji sehingga memungkinkannya mendapat ilham menghasilkan pemandangan menakjubkan dalam Eragon.

Paolini yang menetap bersama-sama ibu bapa dan adik perempuannya, Angela, sememangnya menggemari bidang penulisan sejak zaman persekolahannya dengan menulis cerita pendek dan kerap berkunjung ke perpustakaan.

Beliau yang bersekolah di rumah sememangnya menggemarkan bidang penulisan semenjak kecil di mana beliau turut menulis cerita pendek dan sajak serta kerap berkunjung ke perpustakaan untuk membaca

Antara bahan bacaan kegemarannya ialah Bruce Coville's Jeremy Thatcher, Dragon Hatcher, Frank Herbert's Dune dan Raymond E Feist's Magician di samping buku karya Anne McCaffrey, Jane Yolen, Brian Jacques, ER Eddison, David Eddings dan Ursula K Le Guin.

Pengarang ini meminati cerita magik sehingga mendorongnya menulis novel menarik walau pada mulanya hanya sekadar hobi dan menjadikannya sebagai cabaran peribadinya serta tanpa niat untuk menerbitkannya.

Pemilihan perwatakan dalam novelnya, Eragon adalah hasil daripada imaginasinya kecuali watak Angela yang diambil bersempena nama adiknya dan bukunya Eragon ditulis ketika pengarang ini berusia 15 tahun.

Bukunya itu diterbitkan oleh keluarganya pada 2002 dan mengadakan ceramah di 135 sekolah dan perpustakaan sebagai sebahagian daripada promosi, sehingga penerbit berjaya menghidu potensi buku ini dan memohon hak pengedaran daripada penerbitan keluarga Paolini.

Programnya, Writing in Action, mendapat tempat di hati umum sehingga menyebabkan Eragon yang dulunya hanya sebuah buku, diadaptasi menjadi filem Hollywood pada Disember 2006 dan kini dalam proses dijadikan permainan komputer.

Novel trilogi Eragon ada nilai sentimental bagi Paolini kerana turut menyelitkan kekreatifan adiknya dalam menghasilkan kulit buku dengan ilustrasi mata Sephira dan peta, manakala edisi kedua Eragon diterbitkan Alfred Knopf pada Ogos 2003.

Buku ini tampil laris di pasaran di New York ketika beliau berumur 19 tahun dan selepas menjelajah Amerika Syarikat dan United Kingdom dengan matlamat mempromosikan Eragon pada 2004, Paolini mula mengarang buku keduanya, Eldest.

Buku keduanya itu ialah rentetan pengembaraan Eragon dan Saphira manakala buku ketiganya menemui pembaca pada September 2008 manakala buku keempatnya masih dalam proses penerbitan.

Berita Harian


Tulisan agama daripada profesor perakaunan


Pada minggu lepas saya menerima dua naskah buku yang saya tempah terus dari penulis - Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman dan Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok. Saya rasa saya antara 500 atau 1000 pembaca pertama buku Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok.


Alhamdulillah, kesedaran beragama nampaknya berjaya melahirkan ramai golongan Prostaz atau Protaz (PROfesional-usTAZ). Golongan ini bukan lahir di pondok. Mereka juga bukan pemegang ijazah Syariah dari Mesir atau Jordan. Tetapi mampu menulis buku bernada agama yang mantap.

Apa yang pasti dengan iman dan kekuatan beramal, orang golongan ustaz pun boleh jadi ustaz.

Sebaliknya tanpa kekuatan iman dan amal, memang susah hendak beramal.
Namun selepas cahaya taufik dan hidayah itu datang menyimbah, segala-galanya berubah 180 darjah. Lihat sahaja amalannya sewaktu mengerjakan haji. Seolah-olah ada janakuasa tambahan yang membantu beliau bangun awal-awal pagi untuk beribadat di Masjidil Haram.

Kerana sudah terlalu seronok atau josh (dalam bahasa Urdu) membaca buku ini saya tidur hampir pukul 2 pagi! Biasanya 10 mlm dah masuk tidur.
Isteri dan ibu saya turut sama membaca buku tersebut. Kata isteri saya:
Ada bahagian dalam buku ini yang betul-betul meresap ke dalam hati. Boleh memberi perangsang untuk beramal.

Ini testimonial saya:

Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman boleh dijadikan sebagai penanda aras (benchmark) dari segi amalan Haji kepada mereka yang pernah menunaikannya. Kepada yang belum, buku ini wajar dijadikan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) sebelum berangkat ke tanah suci.

Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok merupakan himpunan kisah sebenar perjalanan seorang hamba Allah. Sebagai khalifah, tanggungjawab berdakwah diceritakan dalam gaya santai dan mudah difahami. Padat dengan panduan praktikal sebagai seorang muslim dan pendakwah.

Prof Kamil juga telah mendokan sesuatu kepada saya di dalam autografnya. Terima kasih Prof. AMIN.






Mengapa Harus Berserah


Mengapa Harus Berserah
Ibn Aithailah

Ibn Athaillah bermaksud menepis pandangan yang mengesankan kepasrahan sebagai kemalasan. Pasrah kepada pengaturan Allah atau berserah diri kepada kehendak-Nya tidaklah sama dengan berhenti bekerja, berhenti mengais rezeki, ataupun berhenti berdoa lantaran menyerahkan semuanya kepada Allah. Bahkan, adab berharta, mencari rezeki, berusaha, dan berdoa merupakan tema penting dalam buku ini.

Buku ini menawarkan cara tepat untuk memandang hidup. Karenanya, buku ini bak kacamata, yang dengannya matahati kita yang rabun bisa melihat lebih sempurna. Dengan penglihatan yang sempurna, tentulah hidup ini menjadi semakin jelas. Dan dengan jelasnya hidup, tentunya perjalanan kita menempuhnya menjadi lebih lurus dan lancar—tidak nabrak-nabrak dan tidak nyasar-nyasar.

Dengan gaya tutur yang menawan, Ibn Athaillah menuntaskan persoalan takdir dan ikhtiar. Menurutnya, setiap manusia wajib berikhtiar, tetapi tugas pertama setiap orang beriman adalah menyandarkan keseluruhan diri dan upayanya kepada Tuhan Sang Pengatur semesta. Tugas utama manusia adalah iman, percaya kepada kekuasaan Allah. Setelah itu, lepaskan semua ketergantungan kepada selain Dia.

Sungguh, hanya Dia yang pantas menjadi tumpuan harapan, karena selain Dia tak bisa memberi jaminan keselamatan Itulah rahasia iman. Itulah makna tawakal. Itulah arti zuhud yang sesungguhnya.

Ajaran isqâth al-tadbîr—berserah pada pengaturan Allah— sebetulnya juga melatih kecerdasan emosional-spiritual. Dengan bersandar kepada Allah, dan percaya bahwa Dia selalu memberikan yang terbaik, kita melipatgandakan rasa optimis kita—terlepas dari betapa buruk hal-hal yang menimpa kita di mata orang.

Dengan tak pernah lalai bahwa Allah Maha Menolong dan Mahakuasa, dengan tak pernah kehilangan rasa butuh kepada-Nya, kita menjadi terbebas dari penjara keterbatasan, dan merasa lapang sekalipun dikepung oleh berbagai ketidakmungkinan—serasa menjadi pemenang-dalam-hidup selamanya.

... jejakilah halaman demi halaman buku ini, insya Allah, Anda akan mendapatkan mutiara zuhud, tawakal, dan ikhlas ...

Sumber: BukuKita.com


Dibeli di toko buku Gramedia Plaza Tunjungan, Surabaya, 9 Mac 2007. Rp40,000.