Showing posts with label Aktiviti. Show all posts


Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) ke-13





















Buku aturcara.




















Kakitangan akademik FSKTM, UNIMAS.





















View dari atas pentas.




















Jamuan disponsor oleh Grand Margherita Hotel.


Bengkel Penulisan Kreatif UNIMAS


Bukti sebagai peserta...


Para peserta bergambar beramai-ramai sebagai ganti sarapan tengahari... he..he..!


Sarawak Club Golf Resort @ UNIMAS Campus


Peraduan Mengarang Esei Kenegaraan 2009


Hadiah RM! RM! RM! menanti anda!

Dapatkan maklumat lanjut di Laman Jabatan Penerangan Malaysia, Sarawak.

Saya berhajat untuk bertarung dalam pertandingan esei bagi edisi 2009 ini.

Namun salah satu syarat pertandingan menyebut "4. Peserta yang pernah memenangi tempat pertama, Peraduan Mengarang Esei Kenegaraan anjuran Jabatan Penerangan Malaysia, Sarawak bagi kategori Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Iban tidak dibenarkan menyertai Peraduan Mengarang Esei Kenegaraan 2009."

Saya telah mendapat tempat pertama pada tahun 2005. Saya juga telah mendapat tempat ketiga pada tahun 2007.





























Konvokesyen ke 5 Program Diploma Pascasiswazah (Pengajaran dan Pembelajaran)


Malam tadi saya menghadiri Konvokesyen ke 5 Program Diploma Pascasiswazah (Pengajaran dan Pembelajaran) di hotel Hilton Kuching.

Terima kasih kepada Pusat Pembelajaran Gunaan dan Multimedia (CALM) kerana memberi kepercayaan kepada saya sebagai salah seorang penilai pelajar.


MALAM SEJAMBAK KALAM SEGUMPAL BAKTI, TAHUN 2007


Senarai pemenang Peraduan Mengarang Esei Kenegaraan 2007. Saya berdiri nombor tiga dari kanan. Alhamdulillah memenangi tempat ketiga, kategori orang awam. Hadiahnya RM500.


Pada malam 20 Julai 2007 telah berlangsung Majlis Malam “Sejambak Kalam Segumpal Bakti” bagi penyampaian hadiah pemenang Peraduan Mengarang Esei Kenegaraan 2007 dan meraikan anggota-anggota Jabatan yang telah dan akan bersara bagi tahun 2007. Majlis pada malam tersebut telah dirasmikan oleh Dato’ Sri Awang Tengah Bin Ali Hassan, Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II dan Menteri Kemudahan Awam Sarawak merangkap Exco Penerangan Negeri.

Seramai 16 orang pemenang peraduan yang terbahagi kepada kategori Orang awam, Pelajar IPTA/IPTS dan Pelajar Sekolah bagi esei Bahasa Malaysia dan Bahasa Iban serta 14 orang pesara jabatan menerima hadiah dan cenderamata pada malam tersebut. Antara tetamu VIP yang turut hadir pada majlis ini adalah Y.B. Tuan Haji Mohd. Naroden Majais, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Pembangunan Usahawan Bumiputera), Y.B. Encik Larry Sng Wei Sien, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Perancang Ekonomi) dan Menteri Muda Pembangunan Perindustrian (Perancangan), Y.B. Encik Slyvester Entri Muran, Menteri Muda Bekalan Air dan Y.B. Encik Abu Seman Jahwie, ADUN Jemoreng.

Sumber: Jabatan Penerangan Negeri Sarawak


Perpustakaan Mini


Alhamdulillah... Perpustakaan mini rumah saya telah mendapat tempat ke-3 pertandingan Perpustakaan Keluarga (kategori rumah teres/bandar) peringkat negeri Sarawak 2006. Pertandingan adalah anjuran Pustaka Negeri Sarawak.